Saturday, October 31, 2009

31.10.2009

hye..im back..da lame x memblog di sini.. quite bz ngn keje, working a round the clock.. opis da jadi uma pertama....sampikan aku byk berjaga dari tidor. alhamdulillah, tahap kesihatan aku pun masih lagik baik, walaupun demam sana sni skit2 , plus sakit lame tue pun agak nakal2 skit lately datangnya...but still ok.... dalam saat genting skrg nie, aku lebeh kerap minum minuman berkafein seperti coffee dan nescafe. aku terpaksa amik, utk lawan rasa ngantuk dlm diri. untuk bulan 10 dan 11 nie, terpaksala lepaskan my precious leisure time demi keje... nie pun ari sabtu aku d opis menyiapkan keje yg perlu di close kan dlm tahun ini.

dalam kesibukan keje nie, mcm2 konflik berlaku..konflik dalam team dan dalam diri aku gak... seem like ada org ingin jatuhkan aku..memang sudah terbukti hari semalam, dalam aku berhati2 mengatur langkah , aku terjatuh juga...orang yg berniat nk jatuhkan aku tue mmg aku kenal sgt..mmg betul instinct aku slama ini..mmg dia ada plan seme ini.. orang nie aku kategorikan sebagai DURI DALAM DAGING...sangat manis berbicara, tp ada agenda nyer sendiri...mungkin semalam dia gembira dapat jatuhkan aku, tp jgn igt aku akan terus tersungkur...AKU AKAN BANGKIT SEMULA. walaupun kesabaran aku tercabar smlm, aku cuba cool down situasi supaya x lebih teruk, walaupun aku terasa sgt nk belasah dia sampi dia masuk ward.

tapi MANGKUK tue bukan la masalah aku yg utama, ada yg lebey memeningkan aku-pasal roomate akuu..aku sedar ada sumthing antara kami..kami da jarang2 bercakap walaupun sebilik, sedangkan dahulu bukan main kamceng lagik... aku sedar, mmg ada beberapa konflik yg timbul sebelum2 ini, tp x pernah disetelkan secara face to face...aku pun xtau cm ner nk buat lg.. skrg nie lebey byk bercerita hal2 keje sahaja bila berbual... kalu tiada apa nk diceritakan, diam je masing2.. mungkin ada silap aku gak.... ..skrg rase cm x selesa, memandangkan memasing bekerja dalam 1 team dan saling memerlukan antara satu sama lain.

macam2 hal berlaku skrg nie...aku pun, x leh nk control everythings on track..ada masanyer, aku akan tersasar gak..im just a human being...sering melakukan kesalahan dan kesilapan baik sedar atau x.

Tuesday, October 20, 2009

21.10.2009

aku masih di opis, dengan keje yg menanti utk disentuh.... sejak jadik team leader nie, tanggungjawab aku lebey besar dan berat.. aku lebey byk habiskan masa d opis, menyetelkan issues yg timbul.. aku kene control team nie dari segala segi..dengan masalah dalam team yang masih dalam proses membaiki dan workload yg banyak. dan aku sedar ada beberapa cubaan untuk melihat aku jatuh, walaupun cara yang digunakan halus dan lembut...ada orang yang sedang menanti aku melakukan kesilapan..aku sedar semua tue..dan aku masih di track yang betul lagi buat masa nie... cume aku xpasti lame mana lagi aku bole bertahan..bertahan agar tidak bertindak di luar kawalan dan kewarasan diri ini

Tuesday, October 13, 2009

11.10.09 10.10 pagi

My life change again this time... Pada tarikh dan masa ini, aku kehilangan seseorang yang paling penting dalam hidup aku untuk kali keduanya, menjadikan aku kini anak yatim piatu. Ayah telah pergi ketika aku dan 2 orang kakakku disampingnya. Inilah lumrah kehidupan.. Aku bersyukur, kerana impian aku untuk bertemunya dalam keadaan dia masih hidup tercapai, setidak2nya aku tidak menyesal. Walaupun berat, aku dan keluarga kene redha dengan pemergian ayah. Pesanan ayah pada aku, akan aku ingat seumur hidup aku. Tiga perkataan yang dia ucapkan pada aku di saat dia masih boleh bertutur-pertemuan kali kedua yang terakhir. Dan aku anggap, itulah tanggung jawab seorang ayah kepada anaknya, menasihati anaknya.

Ingat pada Allah, itulah pesanan terakhir ayah aku.

Kepada kawan2 seIslam, tolong sedekahkan al-fatihah untuk ayah dan mak saya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.