Monday, November 1, 2010

01/11/2010

wah...da kat 1 tahun setengah da aku x mengblog di sini. semuanya gara2 aku bz bekerja di selangor nie. sejak datang ke selangor, aku da x de masa nk bukak/update post baru.

hati aku sangat2 lega lepas Jumaat lepas (29/10/2010). alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. akhirnya, projek yg aku handle berjaya disiapkan dalam tempoh contract yang ditetapkan dan payment berjaya direleasekan oleh pihak client seperti yang telah dirancangkan. bukan mudah untuk memastikan apa yg dirancang pada Jumaat lepas berjaya, byk pengorbanan dan dugaan yg perlu aku tempohi.

aku akui bukan mudah untuk menjadi seperti aku. terlalu banyak dugaan yg datang dlm hidup aku selama tempoh 1 tahun dan setengah ini. sepanjang tempoh ini, aku kehilangan 1 orang yg aku sangat sayang dan amat penting dalam hidup aku. ayahku.

my dad- dia telah kembali ke rahmatullah pada 11/10/2009. sebelum masanya tiba, aku selalu berdoa pada Allah, jika dia mahu pergi, biarla dia pergi di saat aku di sisinya.aku bertuah kerana impian aku untuk berada di sisinya di saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir tertunai. dengan pemergian ayah, jadilah aku sebagai anak yatim piatu di atas muka bumi ini. aku bertuah kerana mempunyai adik beradik yang masih kuat ikatan persaudaraan. kami saling ada antara satu sama lain walau dalam susah susah susah duka dan senang.kami adik beradik tidak berkira dalm bab2 apa2 pun dari hal duit hingga la kepada pengorbanan lain.

hubungan kami adik beradik diuji oleh Allah, bila seorang kakak ku ditimpa sakit beberapa bulan selepas ayah meninggal sehingga terpaksa di hospitalkan beberapa kali. aku sering berulang alik dari selangor ke pahang untuk ada bersamanya walaupun aku di saat itu amat2 diperlukan di pejabat. aku tinggalkan keje demi kakak ku, demi memberi dia semangat untuk berjuang melawan sakitnya. tapi bukan semudah itu, kerana kerja ku juga penting untuk menyara dia yg sakit di hospital. kos perubatan di hospital dan maintenance ubatan alternatif dan perbelanjaan harian dia, semuanya dalam tanggungan aku. bukan dipaksa, tp aku yg sukarela untuk menyaranya. kerana dia adalah tanggungjawabku.dia adalah amanahku.

dalam keadaan aku yg tersepit antara kerja dan kakak yg sakit, aku di uji dengan kehadiran seorang sahabat yang tidak memahami situasi aku. dia adalah Y. Y terlalu berkira dgn ku dalam perihal kerja walaupun dia tahu sebab sebenar aku terpaksa tinggalkan keje adalah untuk ada bersama dgn kakakku yang lebih memerlukan aku saat itu.

kami sering bergadoh sepanjang aku menjaga kakak aku di hospital, sehinggakan aku terpaksa menyuarakan hasrat hatiku untuk pulang ke selangor demi keje, pada mulanya dia melarang, tapi kemudiannya dia membenarkan aku pulang.

aku bertuah kerana kakak aku memahami yg aku perlu bekerja untuk mencari duit. dalam sehari aku akan tepon kakak ku 2-3 kali untuk tahu progress kesihatannya dan juga untuk elakkan kan dia dari berfikiran negatif. walaupun aku penat bekerja, aku tetap melayan dia bercerita tentang perihal di hospital. hampir setiap mggu aku akan pulang utk ada bersamanya. melawat dia, menjaga dia yang sering keluar masuk hospital dan menghantar dia ke kinik2 swasta untuk rawatan lanjut, aku lebih rela emlaburkan duit di kinik2 swasta demi mendapatkan perkhidmatan yang memuaskan hati. berbulan2 juga aku berulang alik selangor-pahang sehingga la keadaan dia semakin stabil dan dibenarkan pulang ke kampung halaman.sejak pulang ke kampung halaman, kesihatan dia bertambah baik. tambahan pula, akak aku yg sorang lagi tue nurse swasta.

sambung cerita tentang sahabat bernama Y. bukan mudah untuk meneruskan hubungan persahabatan dgn dia. dia adalah insan yang aku invite dalam hidup aku untuk menjadi insan yang penting bagi menemani perjuangan dlm hidup aku. memang aku sayang dia.dan dia tahu aku sayangkan dia walau aku x pernah lafazkan dgn kata2, setidak2nya aku pernah text dia.

hubungan aku dengan Y tidak begitu baik, kami sering bergadoh2, boleh dikatakan dalam sebulan 2-3x mesti gadoh untuk perkara remeh (aku yg sering ckp cm nie) tp pada Y (bukan perkara remeh, pada dia adalah besar dan sensitif), perkara ini berlanjutan dari bulan pertama kami kenal hingga la sekarang(saat aku sedang menulis blog ini).dalam tempoh setahun dan setengah, berpuluh2 sudah pergadohan berlaku. dan selalunye, aku la yg mengambil langkah awal perdamaian.

tapi pergadohan kali terakhir yang ke XX kalinya (2/8/2010), masih tidak selesai hingga ke hari ini. Y begitu membenciku hanya kerana gurauan aku padanya melalui telefon yg kononnya aku da berhenti keje di saat aku menelefonnya. pergadohan itu berlanjutan sehingga berjangkit kepada perkara2 lain yang sudah berlalu lamanya@setel. rupanya, dendam dia padaku masih belum terlerai, walau aku telah meminta maaf darinya pada tahun lepas atas kesalahan itu. bila aku meminta maaf, aku benar2 memaksudkannya. sebab aku adalah jenis spesis yang susah untuk meminta maaf. dan dia sepatutnya jelas tentang perangaiku yg satu ni.

skrg hubungan kami terlalu kritikal sehinggakan melibatkan urusan keje dan mengganggu urusan keje.aku boleh asingkan hal keje dan peribadi walau berada di bumbung pejabat, tapi dia tidak. sering kali bila dia tertekan dgn ku, dia akan tinggalkan keje di pejabat walaupun masa itu masih dalam waktu bekerja.

terus terang aku akui bukan mudah untuk menguruskan emosiku bila orang yang sedang bergadoh dgn aku adalah orang yg perlu aku hadap setiap hari di pejabat dan berada dalam kumpulan kerja yang sama, dengan kata lain, nak tak nak mesti berkomunikasi juga. tambahan pula, aku dilantik oleh syarikat untuk mengetuai kumpulan tersebut, nak x nak dia kene ikut arahan aku dalam urusan keje dan aku perlu profesional dalam memberi arahan keje padanya.

memang kami selalu bergadoh dalam urusan keje sehinggakan aku rasakan, mmg sudah tiada ruang untuk perdamaian lagi. aku da x nampak jalan utk berdamai lagi, walau aku da berpuluh2 kali meminta maaf dan mengakui salah, dia tetap menolak untuk berbaik dgnku.

mungkin da takdir kami untuk tidak menjadi KAWAN BAIK. aku redha kalu ini ketentuan Ilahi. (di saat ini aku masih menyimpan harapan kecil, yg suatu hari nanti dia akan nampak apa yg aku nampak dan dia akan sedar atas segala perbuatan xelok dia pada aku selama ini)

byk kata hinaan dan mengaibkan dia lemparkan pada aku melalui pelbagai media (fb, ym, attandance sheet,sms) sehingga membuatkan air mata ini menitis. aku menangis bukan kerana dilukai oleh dia, tp aku menangis kerana kecewa dengan sikap dia.dia yg aku sayang sanggup buat aku cm ni. dia dulunya sering bertanya padaku "kenapa melayani dia dgn baik, sedangkan dia jahat". walaupun aku x pernah beri jawapan yg sebenar, dia sepatutnyer jelas yg selama ini memang aku melayani dia dengan baik walau ada kurangnya sana sini. tapi bila bergadoh besar cam nie, bila aku pulangkan semula pertanyaannya itu pada diri dia, dia diam tidak menjawab.

aku hanya bertanya pada dia, jika benar aku ini jahat sgt seperti yg ko hebahkan pada umum, kenapa ko slalu bertanya soalan ini padaku dulu "kenapa melayani ko dgn baik, sedangkan ko jahat". dia tidak pernah menjawab soalan yg aku pulangkan padanya.

dia yg aku sayang, sanggup melemparkan kata2 hinaan pada aku yg selalu ada untuk dia di saat dia susah selama ini.aku menjaga dia seperti mana aku menjaga orang2 yang aku sayangi(ahli2 keluargaku).aku masih igt lagi di dalam bulan ramadhan yang mulia, dia menyebarkan keburukan ku pada bos kecil sehingga aku dipanggil. sejak dari itu, aku mulai hilang kepercayaan padanya.

tapi dia masih x sedar kenapa aku masih sayang pada dia walau dia buat aku smpi ke tahap ini. knapa aku masih sayang dia walau dia panggil aku "babi, betina paling sial, perempuan giler", sedangkan aku tidak membalas pun dengan kata2 itu padanya semula.

aku nk dia pk knapa aku x panggil dia begitu, dan kenapa aku masih tetap sayangkan dia setelah menerima gelaran2 hinaan dari dia. aku nak dia paham, kasih sayang adalah senjata yang paling kuat untuk meleraikan persengketaan/permusuhan antara aku dan dia. walau dia berkeras, aku akan membalas dgn kasih sayang. aku tetap akan melihat dia dari sudut yg positif, aku masih mengenang kebaikan dia pada aku walaupun kecik sepanjang kami pernah berkawan dahulu.

memang ada silap aku juga, kerana pernah terlepas marah dgn panggil dia mangkuk hayun dan dan panggil dai bermasalah jiwa. aku kalu marah, mmg susah nk kontrol, tue pun da tapis2, terkeluar gakk.silap aku gak, da tau dia berjiwa sensitip, pasti terluka ati dgn perkataan aku tuh. tp apa yg dia buat kat aku lagi melukakan ati aku nih.

aku harap dia akan ingat jawapan aku berikan pada dia dlu, bila dia bertanya padaku "kenapa dia penting dlm hidup aku". aku hanya menjawab, suatu hari nant ko akan paham bila ko kehilangan ibu dan bapa, bila ko menjadi seperti aku (anak yatim piatu). masa itu, ko akan paham kenapa aku kata ko penting dlm hidup aku.

aku tidak pernah menyesal dipertemukan dengan dia, aku yakin ada hikmah pertemuan aku dengannya. aku yakin, dia akan pk semula setiap kata aku padanya bila dia berada dalam keadaan yang normal.

harap aku, semoga kami berdua diberikan petunjuk oleh Allah dalam kehidupan ini.

Monday, November 23, 2009

23/11/2009

hmmmmmmm..... again, "war" happened between me and my friend... pergaduhan yang paling besar berbanding sebelum ini.. semuanya bermula dengan gurauan.. kalu aku tahu gurauan itu akan mengundang peperangan ini, aku xkan buat gurauan cam tue pada dia... dan kiteorg xkan bergadoh lagi mcm skrg.

memang ada silap aku juga, da aku tahu dia berjiwa halus dan sensitif, aku masih nk bergurau cam tue..dan aku pula silapnya, terlambat untuk MINTA MAAF... da mmg jenis aku susah skit bab2 nak MINTA MAAF.. pasal gurauan tue, aku pk dia x kisah, tapi rupanya dia betul2 amik kisah...aku sangkakan gurauan2 sebelum ini da cukup menunjukkan hubungan kiteorg da kembali ok, memandangkan sblum nie kiteorg pun dingin juga tanpa sebab yg kukuh.. da 2 hari da bergadoh besar nie, smpikan aku pun dia remove dari senarai friends dia dalam FB.. xper la.. orang tengah marah, pasti akan buat perkara2 yang akan menyakitkan ati aku nie... yang wat aku skit kecik ati, kata2 hinaan dia dalm smses yg kalu ikutkan ego aku nie, mau aku maki hamun dia semula.. but, i wont do that... dont wanna make it more difficult..just terima semua hinaan dengan tenang dan x emosi seboleh yg mungkin.

aku akui kesilapan aku cume 1 nie, bergurau x seberapa nk menjadi dan x kene pada orangnya, tapi dia balas aku dengan hinaan dan keengganan utk berdamai...the only solution yg aku pk is , MINTA MAAF..cume itu je yg aku mampu buat.... but seems like dia refuse untuk menerimanya...its ok kalu aku x perlu ngadap dia,but its not ok sbb aku perlu ngadap dia di bilik dan opis everyday... when personal and work matters mixed up together, mmg susah la... but im trying to seperate those things, but seems like dia bukan begitu...
pelbagai usaha aku gunakan untuk minta maaf, tp dia not ready yet to listen my appology... keengganan dia membuat aku pikir panjang, besar sangatkah kesalahan aku kali ini sampaikan aku dilayan sebegini rupa... hanya kerana 1 gurauan yang x pernah aku terpikir langsung akan membawa pergadohan besar nie....aku sedey, sbb orang yang paling rapat dengan aku bersikap begini.. hanya kerana 1 kesalahan, semua kebaikan aku selama ini dia x nampak da.

aku berharap ati dia akan lembut cepat..sbb aku x suke nk bergadoh lama2.. aku da letey dgn semua nie.... aku cume nk lalui 1 kehidupan yg tenang dan damai.

Friday, November 13, 2009

13.11.2009-jumaat

alhamdulillah, pewut pun da kenyang, baru pas mkn kat kedai dua belah td...hehe.. da konyang gini, maleh la pulok nk wat koje memalam gini..hehe..da kol 10.45mlm da..

arini ada perkara baik yang berlaku..so, im really happy for that.. setelah hampir 4 bulan aku di sini berpulun tenaga, akhirnya 2 subjek iaitu pengurusan konflik dan biodiversity berjaya ditauliahkan pada hari ini..alhamdulillah, berbaloi rasernyer setelah sekian lame bersengkang mate x tido, bergaduh bagai dengan team members, nyaris2 arwah sebab tertido time drive ke INTAN sbb xtidur semalaman, berkonflik dgn boss pasal subjek yg xlepas2 lagi, nak berak pun terpaksa postpone, dan macam2 lagi..akhirnyer, berbalas jua akhirnya.

senyuman semakin melebar lagi bila mendapat creadit dari pihak INTAN yang design dan interactivity multimedia very interesting...alhamdulillah, usaha selama ini mendapat penghargaan juga dari pihak client. hehe... yang penting, boss dengar pasal pujian ini, hopefully, dia akan sedar apa yang kami telah usahakan selama ini adalah yang terbaik demi syarikat jugak.

apa2 pun, aku xleh senang ati lagi..masih ada 4 subjek bawah jagaan aku yang perlu ditauliahkan bulan 12 nie...and as team leader, aku kene la berusaha lebey dari team members lain utk memastikan everything goes on right track..haha..meaning, kene bersengkang mata lebey lagi la..wakakakaaa

aku asik sibuk mengejar cita2 dalam kerjaya, tapi yang satu lagi tue ntah bila la nk di settle down kann.

Saturday, October 31, 2009

31.10.2009

hye..im back..da lame x memblog di sini.. quite bz ngn keje, working a round the clock.. opis da jadi uma pertama....sampikan aku byk berjaga dari tidor. alhamdulillah, tahap kesihatan aku pun masih lagik baik, walaupun demam sana sni skit2 , plus sakit lame tue pun agak nakal2 skit lately datangnya...but still ok.... dalam saat genting skrg nie, aku lebeh kerap minum minuman berkafein seperti coffee dan nescafe. aku terpaksa amik, utk lawan rasa ngantuk dlm diri. untuk bulan 10 dan 11 nie, terpaksala lepaskan my precious leisure time demi keje... nie pun ari sabtu aku d opis menyiapkan keje yg perlu di close kan dlm tahun ini.

dalam kesibukan keje nie, mcm2 konflik berlaku..konflik dalam team dan dalam diri aku gak... seem like ada org ingin jatuhkan aku..memang sudah terbukti hari semalam, dalam aku berhati2 mengatur langkah , aku terjatuh juga...orang yg berniat nk jatuhkan aku tue mmg aku kenal sgt..mmg betul instinct aku slama ini..mmg dia ada plan seme ini.. orang nie aku kategorikan sebagai DURI DALAM DAGING...sangat manis berbicara, tp ada agenda nyer sendiri...mungkin semalam dia gembira dapat jatuhkan aku, tp jgn igt aku akan terus tersungkur...AKU AKAN BANGKIT SEMULA. walaupun kesabaran aku tercabar smlm, aku cuba cool down situasi supaya x lebih teruk, walaupun aku terasa sgt nk belasah dia sampi dia masuk ward.

tapi MANGKUK tue bukan la masalah aku yg utama, ada yg lebey memeningkan aku-pasal roomate akuu..aku sedar ada sumthing antara kami..kami da jarang2 bercakap walaupun sebilik, sedangkan dahulu bukan main kamceng lagik... aku sedar, mmg ada beberapa konflik yg timbul sebelum2 ini, tp x pernah disetelkan secara face to face...aku pun xtau cm ner nk buat lg.. skrg nie lebey byk bercerita hal2 keje sahaja bila berbual... kalu tiada apa nk diceritakan, diam je masing2.. mungkin ada silap aku gak.... ..skrg rase cm x selesa, memandangkan memasing bekerja dalam 1 team dan saling memerlukan antara satu sama lain.

macam2 hal berlaku skrg nie...aku pun, x leh nk control everythings on track..ada masanyer, aku akan tersasar gak..im just a human being...sering melakukan kesalahan dan kesilapan baik sedar atau x.

Tuesday, October 20, 2009

21.10.2009

aku masih di opis, dengan keje yg menanti utk disentuh.... sejak jadik team leader nie, tanggungjawab aku lebey besar dan berat.. aku lebey byk habiskan masa d opis, menyetelkan issues yg timbul.. aku kene control team nie dari segala segi..dengan masalah dalam team yang masih dalam proses membaiki dan workload yg banyak. dan aku sedar ada beberapa cubaan untuk melihat aku jatuh, walaupun cara yang digunakan halus dan lembut...ada orang yang sedang menanti aku melakukan kesilapan..aku sedar semua tue..dan aku masih di track yang betul lagi buat masa nie... cume aku xpasti lame mana lagi aku bole bertahan..bertahan agar tidak bertindak di luar kawalan dan kewarasan diri ini

Tuesday, October 13, 2009

11.10.09 10.10 pagi

My life change again this time... Pada tarikh dan masa ini, aku kehilangan seseorang yang paling penting dalam hidup aku untuk kali keduanya, menjadikan aku kini anak yatim piatu. Ayah telah pergi ketika aku dan 2 orang kakakku disampingnya. Inilah lumrah kehidupan.. Aku bersyukur, kerana impian aku untuk bertemunya dalam keadaan dia masih hidup tercapai, setidak2nya aku tidak menyesal. Walaupun berat, aku dan keluarga kene redha dengan pemergian ayah. Pesanan ayah pada aku, akan aku ingat seumur hidup aku. Tiga perkataan yang dia ucapkan pada aku di saat dia masih boleh bertutur-pertemuan kali kedua yang terakhir. Dan aku anggap, itulah tanggung jawab seorang ayah kepada anaknya, menasihati anaknya.

Ingat pada Allah, itulah pesanan terakhir ayah aku.

Kepada kawan2 seIslam, tolong sedekahkan al-fatihah untuk ayah dan mak saya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Thursday, September 24, 2009

back office after raya

Hai, im back after 4 days spending time at kampung.. raya aku cam biasa je..xder yang istimewa.. biasa2 ajer.

Raya pertama, cam bese kemaskan uma bagai(compulsary nie), mandikan ayah, cukurkan janggut dan misainya yang sudah panjang giler.... ini first time aku uruskan bapa aku sampai tahap ini. Tapi aku tetap rasa berbaloi. Dia je la satu2 nya harta yang paling berharga dan bernilai dlm idup aku. Pas beraya ngan ayah, aku lepak je uma tggu kaum kerabat dari johor turun. Pas gather ngn kaum kerabat dari johor, kitorg konvoi beraya ngn sedara kat sekitar kg..kat maghrib gak la baru balik uma..hehe

Raya kedua, giliran kiteorg lak beraya ngn kaum kerabat di johor. Aku x pki baju raye pun, malas laaaa..aku ada 6 pasang tau baju raya...hehe..jgn jelezzzz...lagi pun, da pegi uma sana lewat petang...malas nk gosok2 bj raya ngn tudung..aku belasah baju t shirt dan jeans ajer :D

Raya ke tiga, aku lepak uma je sbb aku pose sunat dan ganti sekali....Petang tue kat kol 3 lebey, baru la aku gerak balik seri kembangan semula.

Itu la kisah raya aku..sebelum balik, aku jupe ayah aku mintak restu nak balik.. he says "bawak elok".. itu ok lagi, ayat yang bese bapa aku ucapkan..aku da biasa dengar, tp kata2 terakhir bapa aku sebelum aku beredar dari katil dia, benar2 wat ati aku tersentuh... aku x brani nak tatap mata dia lame2, aku takut air jernih dari mata nie menitik keluar tanpa aku sedar..Bapa aku cume ucapkan 3 perkataan sahaja, dan akan aku ingat 3 perkataan itu seumur hidup aku..Akan aku ingat, untuk sedarkan diri aku siapa sebenarnya kat atas muka bumi ini.

terima kasih ayah-itu yang aku x mampu ucapkan time itu... sepanjang awal perjalanan, aku menitik kan air mata tanpa aku sedar bile ingatan aku kembali pada 3 perkataan yang bapa aku ucapkan.. ati aku tersentuh sangat.

sampi je kat seri kembangan, akak aku btau abang aku dan famili dia baru balik kg..huhu..x dpt la nk berjumpa anak2 buah kesayanganku..xper la, len kali leh jupe. Insya-Allah.