Monday, November 1, 2010

01/11/2010

wah...da kat 1 tahun setengah da aku x mengblog di sini. semuanya gara2 aku bz bekerja di selangor nie. sejak datang ke selangor, aku da x de masa nk bukak/update post baru.

hati aku sangat2 lega lepas Jumaat lepas (29/10/2010). alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. akhirnya, projek yg aku handle berjaya disiapkan dalam tempoh contract yang ditetapkan dan payment berjaya direleasekan oleh pihak client seperti yang telah dirancangkan. bukan mudah untuk memastikan apa yg dirancang pada Jumaat lepas berjaya, byk pengorbanan dan dugaan yg perlu aku tempohi.

aku akui bukan mudah untuk menjadi seperti aku. terlalu banyak dugaan yg datang dlm hidup aku selama tempoh 1 tahun dan setengah ini. sepanjang tempoh ini, aku kehilangan 1 orang yg aku sangat sayang dan amat penting dalam hidup aku. ayahku.

my dad- dia telah kembali ke rahmatullah pada 11/10/2009. sebelum masanya tiba, aku selalu berdoa pada Allah, jika dia mahu pergi, biarla dia pergi di saat aku di sisinya.aku bertuah kerana impian aku untuk berada di sisinya di saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir tertunai. dengan pemergian ayah, jadilah aku sebagai anak yatim piatu di atas muka bumi ini. aku bertuah kerana mempunyai adik beradik yang masih kuat ikatan persaudaraan. kami saling ada antara satu sama lain walau dalam susah susah susah duka dan senang.kami adik beradik tidak berkira dalm bab2 apa2 pun dari hal duit hingga la kepada pengorbanan lain.

hubungan kami adik beradik diuji oleh Allah, bila seorang kakak ku ditimpa sakit beberapa bulan selepas ayah meninggal sehingga terpaksa di hospitalkan beberapa kali. aku sering berulang alik dari selangor ke pahang untuk ada bersamanya walaupun aku di saat itu amat2 diperlukan di pejabat. aku tinggalkan keje demi kakak ku, demi memberi dia semangat untuk berjuang melawan sakitnya. tapi bukan semudah itu, kerana kerja ku juga penting untuk menyara dia yg sakit di hospital. kos perubatan di hospital dan maintenance ubatan alternatif dan perbelanjaan harian dia, semuanya dalam tanggungan aku. bukan dipaksa, tp aku yg sukarela untuk menyaranya. kerana dia adalah tanggungjawabku.dia adalah amanahku.

dalam keadaan aku yg tersepit antara kerja dan kakak yg sakit, aku di uji dengan kehadiran seorang sahabat yang tidak memahami situasi aku. dia adalah Y. Y terlalu berkira dgn ku dalam perihal kerja walaupun dia tahu sebab sebenar aku terpaksa tinggalkan keje adalah untuk ada bersama dgn kakakku yang lebih memerlukan aku saat itu.

kami sering bergadoh sepanjang aku menjaga kakak aku di hospital, sehinggakan aku terpaksa menyuarakan hasrat hatiku untuk pulang ke selangor demi keje, pada mulanya dia melarang, tapi kemudiannya dia membenarkan aku pulang.

aku bertuah kerana kakak aku memahami yg aku perlu bekerja untuk mencari duit. dalam sehari aku akan tepon kakak ku 2-3 kali untuk tahu progress kesihatannya dan juga untuk elakkan kan dia dari berfikiran negatif. walaupun aku penat bekerja, aku tetap melayan dia bercerita tentang perihal di hospital. hampir setiap mggu aku akan pulang utk ada bersamanya. melawat dia, menjaga dia yang sering keluar masuk hospital dan menghantar dia ke kinik2 swasta untuk rawatan lanjut, aku lebih rela emlaburkan duit di kinik2 swasta demi mendapatkan perkhidmatan yang memuaskan hati. berbulan2 juga aku berulang alik selangor-pahang sehingga la keadaan dia semakin stabil dan dibenarkan pulang ke kampung halaman.sejak pulang ke kampung halaman, kesihatan dia bertambah baik. tambahan pula, akak aku yg sorang lagi tue nurse swasta.

sambung cerita tentang sahabat bernama Y. bukan mudah untuk meneruskan hubungan persahabatan dgn dia. dia adalah insan yang aku invite dalam hidup aku untuk menjadi insan yang penting bagi menemani perjuangan dlm hidup aku. memang aku sayang dia.dan dia tahu aku sayangkan dia walau aku x pernah lafazkan dgn kata2, setidak2nya aku pernah text dia.

hubungan aku dengan Y tidak begitu baik, kami sering bergadoh2, boleh dikatakan dalam sebulan 2-3x mesti gadoh untuk perkara remeh (aku yg sering ckp cm nie) tp pada Y (bukan perkara remeh, pada dia adalah besar dan sensitif), perkara ini berlanjutan dari bulan pertama kami kenal hingga la sekarang(saat aku sedang menulis blog ini).dalam tempoh setahun dan setengah, berpuluh2 sudah pergadohan berlaku. dan selalunye, aku la yg mengambil langkah awal perdamaian.

tapi pergadohan kali terakhir yang ke XX kalinya (2/8/2010), masih tidak selesai hingga ke hari ini. Y begitu membenciku hanya kerana gurauan aku padanya melalui telefon yg kononnya aku da berhenti keje di saat aku menelefonnya. pergadohan itu berlanjutan sehingga berjangkit kepada perkara2 lain yang sudah berlalu lamanya@setel. rupanya, dendam dia padaku masih belum terlerai, walau aku telah meminta maaf darinya pada tahun lepas atas kesalahan itu. bila aku meminta maaf, aku benar2 memaksudkannya. sebab aku adalah jenis spesis yang susah untuk meminta maaf. dan dia sepatutnya jelas tentang perangaiku yg satu ni.

skrg hubungan kami terlalu kritikal sehinggakan melibatkan urusan keje dan mengganggu urusan keje.aku boleh asingkan hal keje dan peribadi walau berada di bumbung pejabat, tapi dia tidak. sering kali bila dia tertekan dgn ku, dia akan tinggalkan keje di pejabat walaupun masa itu masih dalam waktu bekerja.

terus terang aku akui bukan mudah untuk menguruskan emosiku bila orang yang sedang bergadoh dgn aku adalah orang yg perlu aku hadap setiap hari di pejabat dan berada dalam kumpulan kerja yang sama, dengan kata lain, nak tak nak mesti berkomunikasi juga. tambahan pula, aku dilantik oleh syarikat untuk mengetuai kumpulan tersebut, nak x nak dia kene ikut arahan aku dalam urusan keje dan aku perlu profesional dalam memberi arahan keje padanya.

memang kami selalu bergadoh dalam urusan keje sehinggakan aku rasakan, mmg sudah tiada ruang untuk perdamaian lagi. aku da x nampak jalan utk berdamai lagi, walau aku da berpuluh2 kali meminta maaf dan mengakui salah, dia tetap menolak untuk berbaik dgnku.

mungkin da takdir kami untuk tidak menjadi KAWAN BAIK. aku redha kalu ini ketentuan Ilahi. (di saat ini aku masih menyimpan harapan kecil, yg suatu hari nanti dia akan nampak apa yg aku nampak dan dia akan sedar atas segala perbuatan xelok dia pada aku selama ini)

byk kata hinaan dan mengaibkan dia lemparkan pada aku melalui pelbagai media (fb, ym, attandance sheet,sms) sehingga membuatkan air mata ini menitis. aku menangis bukan kerana dilukai oleh dia, tp aku menangis kerana kecewa dengan sikap dia.dia yg aku sayang sanggup buat aku cm ni. dia dulunya sering bertanya padaku "kenapa melayani dia dgn baik, sedangkan dia jahat". walaupun aku x pernah beri jawapan yg sebenar, dia sepatutnyer jelas yg selama ini memang aku melayani dia dengan baik walau ada kurangnya sana sini. tapi bila bergadoh besar cam nie, bila aku pulangkan semula pertanyaannya itu pada diri dia, dia diam tidak menjawab.

aku hanya bertanya pada dia, jika benar aku ini jahat sgt seperti yg ko hebahkan pada umum, kenapa ko slalu bertanya soalan ini padaku dulu "kenapa melayani ko dgn baik, sedangkan ko jahat". dia tidak pernah menjawab soalan yg aku pulangkan padanya.

dia yg aku sayang, sanggup melemparkan kata2 hinaan pada aku yg selalu ada untuk dia di saat dia susah selama ini.aku menjaga dia seperti mana aku menjaga orang2 yang aku sayangi(ahli2 keluargaku).aku masih igt lagi di dalam bulan ramadhan yang mulia, dia menyebarkan keburukan ku pada bos kecil sehingga aku dipanggil. sejak dari itu, aku mulai hilang kepercayaan padanya.

tapi dia masih x sedar kenapa aku masih sayang pada dia walau dia buat aku smpi ke tahap ini. knapa aku masih sayang dia walau dia panggil aku "babi, betina paling sial, perempuan giler", sedangkan aku tidak membalas pun dengan kata2 itu padanya semula.

aku nk dia pk knapa aku x panggil dia begitu, dan kenapa aku masih tetap sayangkan dia setelah menerima gelaran2 hinaan dari dia. aku nak dia paham, kasih sayang adalah senjata yang paling kuat untuk meleraikan persengketaan/permusuhan antara aku dan dia. walau dia berkeras, aku akan membalas dgn kasih sayang. aku tetap akan melihat dia dari sudut yg positif, aku masih mengenang kebaikan dia pada aku walaupun kecik sepanjang kami pernah berkawan dahulu.

memang ada silap aku juga, kerana pernah terlepas marah dgn panggil dia mangkuk hayun dan dan panggil dai bermasalah jiwa. aku kalu marah, mmg susah nk kontrol, tue pun da tapis2, terkeluar gakk.silap aku gak, da tau dia berjiwa sensitip, pasti terluka ati dgn perkataan aku tuh. tp apa yg dia buat kat aku lagi melukakan ati aku nih.

aku harap dia akan ingat jawapan aku berikan pada dia dlu, bila dia bertanya padaku "kenapa dia penting dlm hidup aku". aku hanya menjawab, suatu hari nant ko akan paham bila ko kehilangan ibu dan bapa, bila ko menjadi seperti aku (anak yatim piatu). masa itu, ko akan paham kenapa aku kata ko penting dlm hidup aku.

aku tidak pernah menyesal dipertemukan dengan dia, aku yakin ada hikmah pertemuan aku dengannya. aku yakin, dia akan pk semula setiap kata aku padanya bila dia berada dalam keadaan yang normal.

harap aku, semoga kami berdua diberikan petunjuk oleh Allah dalam kehidupan ini.

No comments: