Tuesday, October 13, 2009

11.10.09 10.10 pagi

My life change again this time... Pada tarikh dan masa ini, aku kehilangan seseorang yang paling penting dalam hidup aku untuk kali keduanya, menjadikan aku kini anak yatim piatu. Ayah telah pergi ketika aku dan 2 orang kakakku disampingnya. Inilah lumrah kehidupan.. Aku bersyukur, kerana impian aku untuk bertemunya dalam keadaan dia masih hidup tercapai, setidak2nya aku tidak menyesal. Walaupun berat, aku dan keluarga kene redha dengan pemergian ayah. Pesanan ayah pada aku, akan aku ingat seumur hidup aku. Tiga perkataan yang dia ucapkan pada aku di saat dia masih boleh bertutur-pertemuan kali kedua yang terakhir. Dan aku anggap, itulah tanggung jawab seorang ayah kepada anaknya, menasihati anaknya.

Ingat pada Allah, itulah pesanan terakhir ayah aku.

Kepada kawan2 seIslam, tolong sedekahkan al-fatihah untuk ayah dan mak saya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

No comments: