Melihat tajuk akhbar ini membuatkan aku teringat kepada kisah benar yang telah berlaku hampir 12 tahun lalu, tarikh yang cukup bersejarah 13 oktober 1996.
Pelajar sakit ambil ujian PMR di hospital
KUANTAN 13 Okt. - Ketika rakan-rakannya sibuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hari ini, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Damai, di sini, hanya mampu terbaring di katil wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akibat mengalami pendarahan pada bahagian kepala.
Pelajar berkenaan, Mohd. Azuwan Abd. Mudin, 15, menderita komplikasi tersebut setelah terjatuh ketika sedang menunggang motosikal ketika cuba mengelak sebuah lopak kira-kira pukul 5.30 petang, Jumaat lalu.
Kakak mangsa, Rohaidah, 25, berkata, dia sedih melihat keadaan adiknya itu yang tidak mampu berinteraksi dengan baik akibat terjatuh daripada motosikal ketika ke rumah rakannya untuk mengulang kaji pelajaran.
''Saya amat sedih kerana dia terpaksa menanggung penderitaan ini malah tidak dapat menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini.
''Sebelum kejadian Mohd. Azuwan bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran tetapi ini semua ketentuan Allah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di wad Kiambang HTAA di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff ketika dihubungi berkata, pelajar terbabit terpaksa dikecualikan daripada menduduki peperiksaan PMR kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.
Bagaimanapun katanya, pelajar itu dilaporkan kian stabil oleh pihak hospital dan dia akan dibenarkan menduduki peperiksaan PMR sekiranya pulih serta mampu berbuat demikian dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, seorang pelajar yang terpaksa menduduki peperiksaan PMR di hospital yang sama hari ini akibat mengalami sakit pada bahagian kepala, Shara Mazlin Zahari, 15, berkata, dia selesa mengambil peperiksaan PMR di HTAA hari ini.
Pelajar SMK Bukit Goh itu berkata, walaupun tidak dapat bersama rakan-rakan ketika peperiksaan itu, namun dia tidak patah semangat sebaliknya yakin dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan berkenaan.
''Saya sudah dapat menjawab dengan baik pada peperiksaan hari ini dan berharap keadaan ini berterusan serta berdoa supaya mendapat keputusan yang cemerlang," katanya.
(note: dari isi kandungan akhbar utusan Malaysia, kali rajin layari la website nie:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
artikel ini membuatkan aku teringat pada kisah lama, tentang seorang budak perempuan pada tarikh 13 oktober 1996, hari ahad dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai datuknye pada kire2 jam 5 petang lebih dengan mengayuh beskal merah kesayangannyer. Tujuan kekedai atuk, melawat datuk dan mak2 sedara yg buat biz di situ.
Perempuan ini tekun mengayuh beskal mengikut line putih di bahu jalan tapi malang x berbau, dia telah dilanggar dari belakang oleh sebuah lori berwarna merah(dia ingat kepala lori warna merah) dan terlantar atas jalan raya. Dia x dpt bangun kerana kedua kakinyer terasa sgt berat dan sakit..demi menyelamatkan nyawa dari dibaham kenderaan lain selepas itu, dia usaha menyeret diri ke bahu jalan...xder sapa yg sudi tolong, hinggakan ada satu pembawa motor sanggup berpatah balik bile Nampak perempuan ini meminta tolong padanya.. hancur ati perempuan nie.. kendian datang sebuah van yg mengenali kaum keluarga perempuan ini lalu menbawanyer ke spital.
Budak perempuan nie dihantar ke HTAA pada sebelah malam... nasibnyer lebih kurang sama dengan kes di atas, mengambil PMR di hospital.. terlantar di atas katil sepanjang masa.. cedera patah pinggang dan lebih menyedihkan dia mengalami bruises yg teruk sehingga perlu di bedah.. “adik, sel byk mati, daging sudah rosak, kiter perlu buat pembedahan secepat mungkin”.. itu ayat doctor...
“tapi, sy ada PMR “ kata budak perempuan tue.. akhirnyer, tarikh pembedahan ditentukan selepas tamat peperiksaan..
Sapa yg tau apa yg ada dalam hati budak ini.. sapa yg tau kesedihan, tangisan dan jeritan budak ini selama tempoh tersebut..Allah lebih mengetahui segala-galanya.
Budak perempuan nie cekal, dia tetap nk amik juga..dia ulang kaji atas katil... kakak dia jaga dia, beri semangat kat dia.. sbb adik dia nie da give up. Dia penah di interbiu oleh NST untuk kes cam di atas la, bese la nk lariskan paper dia.. hemsem abang tue...abang wartawan... sebab tue dia time sesi interbiu.. hehe..
Teruk ke keadaan budak pompuan nie? X tau nak ckp... minor operation byk kali ( operate without any bius..can imagine sakitnyer cam ner).. major operation SSG 2 times... byk dugaan yg dia terpaksa hadapi.. diakui, dia mengalami tekanan mental dan fizikal sudah tentu akibat kemalangan tersebut..
Tapi dia mula belajar utk berubah bila sedar rata2 org yg sakit sama nasib ngn dia.. dia sedar apabila seorang budak pompuan pangkat kakak, datang berjumpanyer menasihatinyer supaya tidak berputus asa..akak tue pun sama..mangsa accident.. hanya orang sakit memahami penderitaan orang sakit yg lain..Banayk benda budak perempuan nie belajar di spital.. bukan belajar tentang buku2 untuk amik SPM, tapi belajar tentang kehidupan sebenar... antaranyer:
1) Dia da boleh telan ubat, kalu dulu 1 bijik pun xlepas walaupun sekecik ubat vitamin kuning spital slalu bagi tue...
2) Faham aper erti kawan waktu susah dan waktu senang
3) Kasih sayang sebenar adalah dari ahli keluarga sendiri
4) Da x takut pada spital, dulu bau spital jer da berdebar2 jantung
5) Hidup x semudah yg disangkakan
6) Belajar erti kesabaran
7) Kematian byk menyedarkan dia tentang hargai nyawa sendiri.. jiran2 katil ramai yg meninggal dunia depan mate sendiri
8) Belajar erti bersyukur
9) Dan lain2 lagi
Bile keadaan budak pompuan nie bertambah baik, doctor pakar benarkan dia menjalani sesi radioterapi.. akhirnyer tercapai gak im[ian dia nk berdiri di atas kaki sendiri.. ye la, terbaring kat 3 bulan lebih badan, lemah sana sini.. first time berdiri, dia hampir2 pitam, kedua belah kaki menjadik biru... sian dia.. lama2, baru ok.. bila da ada kaki, apa lagik asik merayap jer la..cam baby baru nk blajar berjalan... hehe.. sebelom operation ke 2 tiba, akak dia bawak dia keluar jalan2 kat luar spital dgn kusi roda... itu la kali pertama dia tgk dunia luar lepas kat 3 bulan terkurung dlm spital.. gi beli kuih..tapi maser tue, dia x pose...orang sakit kan..nk kene mkn ubat itu ini... mcm2 la.. paham2 sendirik la yer... ubat sepital nie byk designnyer..ada mcm2 warna..tapi satu pun xselera nk telan... demi nk sihat, terpaksa la jugak..
Akhirnyer, setelah hamper 3 bulan lebih menginap di tanjung 3, HTAA.. budak pompuan nie kuar gak spital... walau masih berjalan menggunakan alat bantuan, dia bersyukur kerana impiannyer untuk keluar spital dalam keadaan hidup tercapai jua akhirnyer.
Best part, budak perempuan ini da dewasa.. keje agak bagus.. designer aper... budak pompuan tue, aku la..mawarmerahmanis.
Monday, October 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment